susah jugak menilai anak ayam nei. tapi untuk kawan-kawan yang banyak pengalaman tentu x da masalah.bg saya yang x pandai nei, kn tunggu je lah mana tau kot2, elok cikit dari yang sedia ada..hehehe..
kata orang kalau ayam berkening putih dikenali sebagai tok uban, dan ada yang panggil baka syawal..kalu salah mintak maaf la yea. orang baru, masih keliru dengan baka-baka yang ada.... tok uban di atas nei milik rakan saya, dipinjamkan untuk saya bagi tujuan breeding..ayam kecik, kuat mengebas...harap-harap anak-anaknya menjadi la yea
Bulan ramadhan nei agak sibuk sikit, tapi rutin harian macam biasa la cuma ditambah dengan aktiviti lain waktu petang. nak bantu isteri buat juadah la..nak bakar ikan la....sambil2 tunggu ikan yang dibakar masak..apalagi ambik gambaR ayam la heee.. ini bukan induk saya kawan yang suruh saya try breed..telur ok x da masalah...sama-samalah kita nantikan apa yang akan keluar nanti
Dalam proses breeding induk merupakan salah satu perkara yang tidak harus dilupakan bak kata otai-otai serama perlulah kita selidiki dari baka apakah induk tersebut? agar kita dapat padankan dengan bapak pilihan kita...sebagai org baru saya telah memiliki beberapa induk yang saya perolehi daripada rakan-rakan serama sekitar Melaka, Johor dan Selangor