Search This Blog

Sunday, January 31, 2010

JALAN-JALAN

assalamualaikum..
semalam SB pergi berkunjung ke rumah sahabat SB dekat air molek,melaka. Sahabat SB nei sama-sama peminat memikat burung tekukur abg yatim namanya, selama berkenalan SB x tau pun yang dia nei peminat serama dulu, jd bila berkunjung ke rumah SB dia tengok ayam2 SB jd minatnya datang kembali, jd dapatlah dia memiliki sepasang ayam dari reban SB...
kesempatan berkunjung ke rumahnya SB pun ambil la gambar ayam 2,buat kenangan. ayam nei baka gempa+induk Pak Soh generasi kedua, adik-beradik gen2. Dari pengamatan SB yang x berapa mahir dan masih baru nei, ciri yang dimiliki kuning nei sama macam bapaknya. mudah-mudahan menjadi dan bertambah minat la sahabat SB, abg yatim nei...

KUNING

Wednesday, January 27, 2010

2010

salam...
Diam x diam dah nak sampai penghujung bulan satu dah bagi tahun 2010, ada suka dan ada duka walaupun baru sebulan.ada induk muda SB yang belajar betelur dan bagi induk-induk yang telah berkhidmat 2..alhamdullilah tidak menghampakan, ada la sekor 2 yang ditetaskan.ada juga yang telah berpindah kereban sahabat-sahabat disekitar melaka.dan ada yang rosak akibat terlalu tarik....inilah yang dikatakan lumrah main ayam serama nei.SB masih membuat susunan semula ayam2 dekat reban agar tidak bercampur aduk dan x diketahui baka dan darahnya...keputusan yang SB buat adalah mengekalkan 3 pembaka sahaja iaitu MASMERAH, ARAGEMPA, ARA CACAT..
Ada yang SB akan hantar ke kampung untuk dibela oleh ayah SB, manala tau berkat ayah keluar yang cun-cun, bolehlah bawa g bon...tempat yang terhad memnyebabkan SB terpaksa memilih induk dan pembaka tertentu ja untuk terus tinggal dengan SB yang lain tu balik kampung...SB harap 2010 nei akan memberikan rezeki yang lebih pada SB dan juga pada kawan2 dan peminat serama...




masmerah

ara gempa

ara cacat