Search This Blog

Wednesday, November 10, 2010

anak-anak haru biru

salam,
alhamdullilah awal bulan ari tu anak ayam sulung saya telah menetas di kedah. anak hasil sabungan baka-baka yang saya bawak balik dari melaka.x elok mana pun boleh la sekadar suka-suka


CAM



Ning

nei pulak pembaka dan bakal pembaka




SITIKUS(pembaka muda)



LENTIK (pembaka utama)

Monday, September 20, 2010

Mula kembali....

salam..
alhamdullilah SB telah selamat berpindah ke kedah. bt masa sekarang SB baru start buat reban. ayam pun masih berterabur...insyaallah nanti kalau ada yang elok ckit SB masukkan dalam blog. SB nak ucapkan selamat hari raya buat sahabat-sahabat serama tak kira di negeri manapun. ribuan kemaafan SB pohon pada semua.

Monday, July 12, 2010

Bagai Sirih Pulang Ke Gagang

salam......
sedih SB rasa, nak bagi tau kawan-kawan lg sedih, sebenarnya SB akan bertukar ke ILP JITRA, KEDAH jadi terpaksalah SB pindahkan ayam kesayangan SB ke KEDAH. setelah 6 tahun merantau di negeri hang tuah akhirnya SB ditukarkan ke negeri kelahiran SB.
Buat sahabat KELAB SERAMA MELAKA, tiada kata2 yang dapat SB ucapkan terima kasih yang teramat sangat terutama pada sifu, atau orang yang pertama menperkenalkan ayam serama pada SB iaitu abg rahman melaka(lang persona), otai melaka abg azmi alor gajah, abg khalid Tanjung Minyak, pakar telur bob, bukit Rambai. rakan lain cikgu hairi, wan welder, member serama sebelah selatan harap-harap berjumpa lg lepas nei...

SB akan melapor diri pada 15/7/2010. insyallah SB akan cuba buat penangguhan sehingga pertengahan bulan 8....saya mintak maaf kalau ada terkasar bahasa...........................

jumpa lg

Tuesday, June 15, 2010

awas

apa yang SB nak ceritakan nei, agar dapat beri panduan pada peminat serama. kesibukan SB menguruskan kerja kahwin adik SB menyebabkan masa untuk memeriksa MASMERAH terhad. jd pada hari isnin ari tu SB ambik MASMERAH dari reban breeding SB, pada mulanya MASMERAH aktif macam biasa tetapi setelah diperiksa bahagian tepi buntut kiri dan kanan dah menanah, disebabkan gigitan nyamuk, walaupun reban SB mempunyai mosquito Net tapi masih ada nyamuk yang dapat masuk. terdapat 2, 3 tempat lagi mengalami jangkitan yang sama seperti eber, sedikit dibahagian balung dan ekor. hasrat SB untuk membawa MASMERAH ke arena pertandingan pada 19/6/2010 di melaka terbatal disebabkan keadaan MASMERAH. sekarang MASMERAH telah SB kurantinkan bagi mengubati penyakit tersebut. alhamdullilah penyakit tersebut sedang beransur pulih. tapi belum sepenuhnya. bagi kawan2 berhati-hatilah dalam menjaga ayam kesayangan saudara semua agar tdak menerima nasib seperti SB.SB berharap MASMERAH akan pulih dan sedia menemani induk2 yang telah SB sediakan bagi tujuan penurunan baka. Bagi kawan2 yang berhajat untuk memiliki anak2 MASMERAH, SB minta maaf kerana x dapat breed buat masa sekarang. tapi insyaallah jika kesihatan MASMERAH pulih, SB akan cuba breedkan. hati-hatilah dengan NYAMUK....


AWAS

Tuesday, June 8, 2010

hari mendatang

salam....
lama x update blog, teruja tengok ayam dalam blog member2 semuanya cantik-cantik. mungkin itulah senjata yang akan dibawa ke Melaka nanti pada 19/6/2010. sempena SUKMA, atau masih ada senjata rahsia. walau apapun dunia serama semakin meriah, dengan pertambahan ahli serama.bagi SB yang belum ada produk baru nei huhuhu...cucimata jelah. kesempatan nei SB upload 3 keping gambar ayam-ayam SB yang baru, x cantik cukup sekadar nak dijadikan pelapis pembaka


ARAGAN
nei merupakan adik beradik manje, pada peringkat awalnya nampak mcm x berapa cantik bila dah muda nei boleh tahan la.apa-apa pun nei adalah ciri-ciri pembaka yang SB suka dengan memiliki darah kacukan Din Bachok+Nik Rashid. insyaallah kalau ada rezeki anak-anaknya nanti akan menghiasi pertandingan.


LENTIK
apa dah jd dengan lentik, mcm sakit pinggang je. ekor belum siap saudara aragan le neii. tp x pa SB boleh simpan untuk upgred balung ayam dekat reban SB.


TITUS
nei anak terbaru, kacukan pun baru bapak aragempa dijodohkan dengan induk cherry..semua 9 ekor 3 tikus makan, 3 lagi telah berpindah milik pada member sekitar melaka. tinggal la 3 ekor je.

Tuesday, May 11, 2010

pertemuan semula

salam..
Dah lama SB x turun ke game.. jd kesempatan pertandingan yang di anjurkan di alor gajah SB gunakan sebaik mungkin untuk berjumpa rakan2 dan pemilik2 blog ayam serama, ramai juga yang turun ke game di alor gajah nei antaranya abg shuib GPSK, faisal lawi emas, pak lias jelebu, azmel(seramaseramel), khalid(seramakajang), aie(seramapuchong), adi nilai(seramakemuning) dan ramai lg.
hampir setahun lebih SB x turun game, jd satu kejutan buat SB bila ayam2 yang dipertandingkan cantik-cantik belaka, ayam2 yang naik atas meja lincah-lincah belaka di samping sifat yang unik. alhamdullilah sedikit sebanyak dapatlah memberi inspirasi kepada SB untuk terus menghasilkan ayam2 yang berkualiti dan memenuhi standard pertandingan.
SB juga memohon maaf kiranya pada pertandingan tersebut ada tersalah cakap atau pertuturan yang x enak di dengar. apa pun sama-samalah kita menyokong warisan kita ini..

HIDUP SERAMA, HIDUP SERAMA, HIDUP SERAMA

Friday, April 30, 2010

ABS

salam.....
insyaallah kalu x ada apa masalah masmerah akan turun game dekat alor gajah pada 9/05/2010...kategori ABS...





Sunday, April 25, 2010

PeLaPiS....

salam.... alhamdullilah apa yang saya idamkan dah menjelma, bakal penganti masmerah di arena pertandingan..he,he,he yakin je...gurau je. ada la anak a pada mulanya ada 2 pastu member BT.Pahat dah meminang.. tinggal adiknya je, mula2 sangka betina rupanya jantan cun lg tuuuuu. buat koleksi kat reban SB dah letak nama dah..

MAS Jr



nei abang dia MASMERAH

Monday, April 12, 2010

PERTANDINGAN SERAMA DI ALOR GAJAH, MELAKA

Salam, SB dimaklumkan satu pertandingan akan diadakan di Alor Gajah Melaka,oleh KELAB PEMINAT SERAMA ALOR GAJAH. pertandingan tersebut akan berlangsung pada ketetapan seperti dibawah:-

Tarikh : 09.05.2010 (Ahad)
Masa : Bermula dari 9.00 pagi
Tempat : Balai Raya Taman Naning Simpang 4,Alor Gajah,Melaka
Yuran : RM25
Hadiah
Johan ~ tempat ke-5 wang tunai
(Hadiah wang tunai adalah berdasarkan 30% drp jumlah aym bagi setiap kategori)

Juara antra juara -Barangan letrik

Cabutan Bertuah -Barangan Letrik dan barangan keperluan rumah

Segala pertanyaan lanjut sila hubungi
Abdul Rahman (012-3874898)

Terima Kasih

Friday, March 19, 2010

saudara rupanya

salam..
Hasil seterusnya dari induk dara salju+bapak limbat, anak2 di bawah merupakan adik tiri MASMERAH. Sebenarnya SB nak tengok anak-anak yang dihasilkan adakah akan mewarisi dada yang besar macam ibu dia. Perangai macam abang(MASMERAH)dia pun bagus juga. Apa pun itu hanyalah harapan. Kalau jadi alhamdullilah kalau x jadi kena buat research lagi la. Samping sekarang SB masih membeli anak betina bagi mempelbagaikan koleksi untuk tujuan penambahbaikan baka yang sedia ada.






anak betina yang menunggu giliran

Monday, March 8, 2010

GENERASI BARU....

ASSALAMUALAIKUM.. Dua bulan lepas SB mendapat 3 ekor anak hasil dari campuran baka NR dan bapak ara cacat(din bachok). Pada mulanya SB sangka 2 jantan 1 betina, rupanya semua jantan. Apa yang SB perhatikan walaupun dari satu tetasan namun semua memiliki potongan badan yang tidak sama.Dari penilaian SB yang x berapa arif nei warnanya akan menjd warna ara. Seekor dari nya telah bertukar tangan kepada seorang guru di merlimau... SB nak tengok sejauh mana baka nei boleh pergi.. MANJA

LENTIK

Tuesday, February 23, 2010

LET GOOOO...(SOLD OUT)

assalamualaikum,
saya bercadang untuk menjual sepasang anak a. sesiapa yang berminat bolehlah call saya 0196510365 atau datang terus ke rumah saya di Taman Tun Rahah, Bukit Katil Melaka. disini saya sertakan gambar anak tersebut.


anak jantan


anak betina

harap maaf gambar x berapa clear, guna handset murah he,he,he

Monday, February 8, 2010

Thursday, February 4, 2010

apa la nak jd nei...

assalamualaikum...
anak a, dari reban SB.. masih dalam R&D......SB nak simpan



Sunday, January 31, 2010

JALAN-JALAN

assalamualaikum..
semalam SB pergi berkunjung ke rumah sahabat SB dekat air molek,melaka. Sahabat SB nei sama-sama peminat memikat burung tekukur abg yatim namanya, selama berkenalan SB x tau pun yang dia nei peminat serama dulu, jd bila berkunjung ke rumah SB dia tengok ayam2 SB jd minatnya datang kembali, jd dapatlah dia memiliki sepasang ayam dari reban SB...
kesempatan berkunjung ke rumahnya SB pun ambil la gambar ayam 2,buat kenangan. ayam nei baka gempa+induk Pak Soh generasi kedua, adik-beradik gen2. Dari pengamatan SB yang x berapa mahir dan masih baru nei, ciri yang dimiliki kuning nei sama macam bapaknya. mudah-mudahan menjadi dan bertambah minat la sahabat SB, abg yatim nei...

KUNING

Wednesday, January 27, 2010

2010

salam...
Diam x diam dah nak sampai penghujung bulan satu dah bagi tahun 2010, ada suka dan ada duka walaupun baru sebulan.ada induk muda SB yang belajar betelur dan bagi induk-induk yang telah berkhidmat 2..alhamdullilah tidak menghampakan, ada la sekor 2 yang ditetaskan.ada juga yang telah berpindah kereban sahabat-sahabat disekitar melaka.dan ada yang rosak akibat terlalu tarik....inilah yang dikatakan lumrah main ayam serama nei.SB masih membuat susunan semula ayam2 dekat reban agar tidak bercampur aduk dan x diketahui baka dan darahnya...keputusan yang SB buat adalah mengekalkan 3 pembaka sahaja iaitu MASMERAH, ARAGEMPA, ARA CACAT..
Ada yang SB akan hantar ke kampung untuk dibela oleh ayah SB, manala tau berkat ayah keluar yang cun-cun, bolehlah bawa g bon...tempat yang terhad memnyebabkan SB terpaksa memilih induk dan pembaka tertentu ja untuk terus tinggal dengan SB yang lain tu balik kampung...SB harap 2010 nei akan memberikan rezeki yang lebih pada SB dan juga pada kawan2 dan peminat serama...




masmerah

ara gempa

ara cacat